Pages

Saturday, March 31

Buang bukan benci



Ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh.
kita lemparkan ke hujung dunia,
kita hapuskan dari minda dan ingatan.
bukan kerana kita membenci.

tetapi kerana menyedari,
mengingatinya,
hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan.
menyimpannya,
hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan.

bukan membenci.
bukan berputus asa.
cuma sedar,
ada sesetengah perkara,
memang bukan hak kita.


Read more: sini :)